BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 22, 2011

surat kiriman rasmi

Tuan / puan ,
MEMOHON BANTUAN KEWANGAN
Merujuk kepada perkara di atas , dimaklumkan bahawa saya , Noraini binti Razali mewakili persatuan belia pekan meru dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian pihak tuan tentang perkara di atas , Iaitu ingin memohon bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti pertanian.
2.0          untuk makluman pihak tuan , persatuan belia cawangan pekan meru ini dalam mesyuarat bulanannya minggu lalu setelah mengambil inisiatif untuk mengusahakan tanah terbiar menjadi  tempat tanaman agro.
3.0          bagi menjayakan rancangan kami ini , kami memerlukan bantuan dari pihak tuan dari beberapa     aspek. Bersama-sama ini , saya kemukakan beberapa perkara untuk pengetahuan pihak tuan. Antaranya
3.1          tempat yang ingin kami jayakan ialah sebuah tanah terbiar yang terletak di kampong budiman. Sudah lama tanah itu terbiiar. Jadi disebabkan itu , kami ingin menjadikan tanah terbiar itu sebuah tempat pertanian. Kami ingin menanam beberapa pokok herba dan kawasan itu juga merupakan tempat yang strategik bagi projek kami ini. Antara jenis tanaman yg kami ingin tanam ialah pokok misai kucing , bakawali , belimbing buluh atau nama saintifiknya , averrhoa bilimbi dan cengkih iaitu syzygium aromaticum. Tanah terbiar yang kami ingin jayakan ini  memiliki tanah yang subur.  Contohnya tanah yang rata ini sesuai untuk tanaman-tanaman berikut.
3.2          selain itu , kami juga memerlukan bantuan dari segi keperluan untuk mengusahakan projek itu.  Kami memerlukan baja , benih , ‘polybag’ , dan Racun serangga serta perkakas pertanian.setiap tanaman memerlukan 2 bungkus baja. Kami juga memerlukan benih yang terbaik untuk menghasilkan pokok yang bermutu. Racun serangga pula untuk menghalang  Kami juga memerlukan bantuan kewangan utk menyewa mesin mesih traktor utk mengurus kerja tanaman kami supaya berjalan lancar .
3.3          seterusnya , kami juga ingin meminta khdimat nasihat dari pegawai pertanian dari pihak tuan. Dengan bantuan pegawai pertanian itu , dapat la kami menjayakan projek ini dengan jayanya. Selain itu , kami juga mendapat beberapa ilmu pengetahuan tentang cara penjagaan , perawatan , penanaman dan kelebihan pokok herba ini.
3.4          kami juga memerlukan bantuan dari segi tenaga kerja.
3.5          selain itu, dengan bantuan kewangan kami dapat jadikan modal untuk mengurus tanaman herba ini . Dengan adanya bantuan kewangan ini, tanaman herba akan dapat dijalankan dengan sempurna. Malah, dapat membantu kami untuk mendapatkan lebih ramai tenaga kerja . Kami memrlukan RM50 00.00 sebagai modal permulaan projek ini.
4.0          berdasakan  perkara yang saya maklumkan itu , jelaslah bahawa kami amat memerlukan bantuan dari pihak tuan.  kami teramat memerlukan bantuan dari pihak tuan. kami berharap pihak tuan mempertimbangkan permohonan kami ini serta memberi kerjasama dengan kami. Selain kami Berjaya memajukan tanah terbiar ini , kami juga dapat mempertingkatkan  ekonomi Negara dari segi pertanian. Dengan rancangan kami ini , kalanagn belia tidak akan lagi menghabiskan mase dengan melepak malahan mempunyai inisiatif untuk memajukan ekonomi Negara kita.

0 comments: